welcome to my life

i don't know the key to success,but i can give you the key to failure....that is trying to please people

Sabtu, 8 Mei 2010

hmmmm.............


" kau sepatutnya dicinta jejaka yang lebih sempurna .... "
1.. Jangan tertarik kepada sesorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan...Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu bertemu dengan orang seperti itu.

2.. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu ingin impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan kerana kamu hanya memilih satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

3.. Ketika satu pintu kebahagian tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

4.. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun dibuaian bersama mu, tanpa mengucapkan sepatah katapun dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

5.. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

6.. Pandanglah sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, berkemungkinan besar hal itu menyakitkan hati orang lain pula.

7.. Awal sebuah percintaan adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan dalam dia.

8.. Orang yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

9.. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu denagn beberapa orang yang salah sebelum bertemu denagn orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.

10.. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

11.. Kebahagian tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

12.. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti.

13.. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

14.. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

15.. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharap balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

16.. Ada hal-hal yang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telingan untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
17.. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggalkan dunia, kamu tersenyum dan orang disekelilingmu pula yang akan menangis.

2 ulasan: