welcome to my life

i don't know the key to success,but i can give you the key to failure....that is trying to please people

Khamis, 29 April 2010


1. Seorang bos.
Tapi kita pula yang mempunyai tanda merah paling banyak di punch card.

2. Seorang anak.
Tapi kita tidak mampu untuk memberikan wang yang lebih pada mak ayah sendiri (walhal duit rokok dan duit untuk main snooker sentiasa saja ada di sisi).

3. Seorang isteri.
Tapi kita selalu menjejeh kisah suami sendiri pada tetangga kanan dan kiri.

4. Seorang suami.
Tapi kita selalu membohongi isteri (atau isteri-isteri?) kita sendiri.

5. Seorang guru.
Tapi kita sentiasa memberikan perhatian kita pada hal yang lain (seperti perniagaan) sedangkan
tanggungjawab pada anak didik semakin hari semakin menunggu.


6. Seorang ayah.
Tapi kita langsung tiada insiatif untuk memberikan yang terbaik kepada bahtera kebahagiaan yang kita bina selama ini. Kita lebih rela hidup dalam kedaifan dan melepak di kedai kopi. Apa nak jadi? ((melainkan jika ayah itu sendiri sedang sakit)

7. Seorang ibu.
Tapi kita langsung tidak ingin upgrade diri sendiri supaya memahami karenah hidup anak-anak zaman ini. Zaman berbeza, minda juga harus berbeza. Penerimaan setiap anak tidak sama.

8. Seorang kawan.
Tapi selalu mengambil kesempatan di atas kebaikan kawan sendiri. Dulu masa kita susah, kita tidak dipandang. Bila kita dah senang, tiba-tiba je orang-orang ini datang untuk mengaku kawan/sedara.

9. Seorang jiran.
Tapi kita tidak langsung menyimpan sebarang no mereka untuk dihubungi. Ini amat bermakna jika sesuatu kecemasan berlaku (percayalah, aku pernah melalui pengalaman dalam hal sebegini).

10. Seorang jurugambar.
Tapi kita masih berkata dalam hati “pasangan pengantin ini tidak kena betul… muka pengantin lelaki macam pecah rumah!” sewaktu mengambil shoot untuk fotografi perkahwinan mereka.

11. Seorang pemandu lori.
Tapi kita masih lagi memandang rendah pada penunggang motorsikal. Walhal, kita perlu ingat bahawa kita juga akan jadi seorang penunggang motorsikal sebaik sahaja waktu kerja kita habis.

12. Seorang peniaga.
Tapi kita masih lagi menipu sukatan ataupun timbangan. Bukan itu sahaja, kita juga patut merasa malu jika kita selalu menyalahkan Tuhan di atas kemerosotan perniagaan.

13. Seorang pekerja.
Tapi kita masih lagi mencuri masa. Waktu rehat 30 minit jadi 1 jam…. 1 jam jadi 2 jam. Itu belum dicampur dengan berbual dan bergelak ketawa. Diminta kerja lebih masa, merungut memanjang… tapi waktu balik kalau boleh pukul 4:59 sudah mahu berada di hadapan punch card machine. Kerja tidak setimpal dengan gaji yang diterima. Kerja sedikit tapi gaji mau tinggi. Iya.. cubalah hitungkan semula di mana halal-haramnya rezeki.

14. Seorang Internet Marketer.
Tetapi menganiayai semua newbie yang masih lagi tercari-cari jalan untuk menambah pendapatan. Kita juga patut malu pada diri sendiri jika kita menjual sesuatu idea yang baik tetapi pada hakikatnya, itu idea orang lain. Pulak tu menjualnya dengan harga yang tinggi tanpa apa-apa kredit pada pemilik asal idea itu. Lu fikirlah sendiri!

15. Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
Haaa… sambung.. sambung… sila…. sila….

2 ulasan: