welcome to my life

i don't know the key to success,but i can give you the key to failure....that is trying to please people

Khamis, 29 April 2010

berani


Hidup berani untuk gagal mungkin agak janggal bunyinya. Tetapi hari ini aku rasa ingin menulis mengenai ini. Dalam diam sebenarnya kita ingin sekali mengelak daripada berhadapan dengan kegagalan. Kegagalan bagi kita adalah pemusnah masa depan. Pernah dahulu terpampang di dada akhbar, seorang pelajar lepasan SPM yang mengantung dirinya hanya kerana gagal mencapai keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan SPM. Begitu cetek pemikirannya hinggap sehingga sanggup mengambil tindakan sedemikian.
Tidakkah kita pernah terfikir kegagalan adalah pemangkin serta pencetus kepada kejayaan sebenar? Pernahkah anda mendengar kisah Thomas Alva Edison, apabila dia ditanya oleh seorang wartawan adakah dia pernah merasakan dia seorang yang gagal dan akan berputus asa dalam merealisasikan mentol tersebut. Thomas Alva Edison menjawab:
Orang muda, mengapa harus aku merasakan diriku seorang yang gagal? Dan mengapa harus aku berputus asa? Aku sekarang sudah mengetahui lebih 9,000 cara yang akan membuatkan mentol elektrik tidak akan berfungsi. Kejayaan hampir dalam gengaman aku.
Tidak lama kemudian Thomas Alva Edison berjaya mencipta mentol elektrik pertama selepas lebih 10,000 kali percubaan.

Kita harus berani untuk gagal. Hidup ini tidak lengkap tanpa kegagalan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Hari ini mungkin kita rebah tersungkur, tetapi kita masih ada hari esok yang akan mencorak masa depan kita. Hanya yang berani dan tabah sahaja akan mampu menukar kegagalan kepada kejayaan yang manis.
Dalam tak sedar sebenarnya kita kegagalan adalah lumrah hidup kita. Tidak ada sesiapa dalam dunia ini akan mendakwa mereka tidak pernah gagal. Tanyalah pada mana-mana tokoh yang berjaya dalam apa jua bidang mereka tentang kegagalan mereka, mereka pasti berbangga menceritakan akan kegagalan mereka. Mereka amat berbangga dengan kegagalan mereka kerana mereka tahu disebabkan kegagalan tersebut mereka menikmati kejayaan mereka sekarang.
Rasanya sampai sini sahajalah ‘post’ aku kali ini. Sebenarnya ‘post’ ini dibuat untuk pertandingan SEO bagi ‘keyword’ “Hidup Berani Untuk Gagal” yang dianjurkan oleh Blog Denaihati. Aku mengetahui ‘contest’ “Hidup Berani Untuk Gagal” ini daripada blog Wawwi. Pertandingan ini cukup menarik kerana menawarkan hadiah yang agak lumayan serta ditaja oleh banyak pihak seperti DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare

p/s : atas tuh gambar afif rahimi berlatarbelakangkan dorm dye yg %^&$#$@%#^

2 ulasan: